Thursday, August 18, 2011

DOA PENDINDING DIRI - RUQYAH JIBRIL



7Share
 
Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)
Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)

Air Penerang Hati



Cara menggunakannya
-untuk penerang hati dan menguatkan hafalan

-Minum 7 hari berturut-turut pada waktu pagi atau sebelum sarapan

-Sebelum diminum sila baca Surah Al-Fatihah dan Selawat serta niat mengikut hajat.

Boleh juga dibubuh dalam masakan,minuman,atau direnjis di tempat tidur,di pakaian,disapu di muka dan kepala atau ditempat sakit dan sebagainya.

Elakkan dari dilangkah

AIR ANNUSYYRAH

surah-surah yang disebut di bawah dibaca dan ditulis sebanyak bilangan:
-Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)786 kali.
-Surah Al-Fatihah 70 kali.
-Ayatul kursi 70 kali.
-10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah.
-Surah Yassin lengkap 83 ayat.
-Surah Thoha ayat 131 dan 132
-Surah An-Najmi ayat 1 hingga 18.
-Surah Ar-Rahman ayat 1-5.
-Surah Al-Haaqqah lengkap 52 ayat.
-Surah Al-insyirah lengkap 8 ayat.
-Dakwat daripada za'faran dan air mawar
-Air tapisan berkualiti tinggi(bebas dari bakteria)
-Campuran Air Zam-zam dan Air hujan Malam Jumaat.

Khasiat
-Penerang hati untuk kanak-kanak /pelajar-pelajar semua peringkat umur.
-Mengelak penyakit lupa dan nyanyuk bagi orang dewasa dan berumur.
-Membantu kanak-kanak supaya rajin belajar .
-kanak-kank /bayi meragam waktu malam.
-kanak-kanak suka berkelahi degil dan sebagainya.



HIKMAT DARI AL-QURAN
(kumpulan surah-surah dan ayat-ayat khusus untuk penerang hati.
-786 BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
-Jika seseorang yang lemah otak meminum air yng telah dibacakan 789 Bismillahrrahmanirrahim pada waktu pagi selama 7 hari berturut=turut akan hilanglah kebebalannya dan akan menghafal apa yang didengar .

Rujuk kitab Syamsul Maa'rif Al-Kubro oleh Al-Imam Ahmad bin Ali Al-Bunni mukasurat 37

-70 surah Al-Fatihah dan 70 Ayatul kursi yang mempunyai khasiat /yang tersangat agung ajaran dari Jibril kepada RAsulallah.

-Rujuk Mukaddimah Al-Quran Mushaf Al-Maarif.
-10 ayat-ayat pilihan dari surah Al-Baqarah menghindarkan daripada lupa.
-Rujuk kitab"Aalij Nafsaka bil Quran"oleh Asy syaikh Abi Al-Fadaa'
-Bagi ayat-ayat dan surah-surah untuk penerang hati selain dari diatas(seperti surah Yaasin dan lain-lain)Rujukan dari Al-Itqaan fi-Ulumil Quran oleh Al-Imam Jalaluddin As-Asuyuti A'maale Qur'aani.

-Surah-surah dan ayat diatas kami persembahkan melalui kaedah rawatan ulama silam dimana kalimat -kalimat al-Quran yang tertulis di pinggan putih dengan tinta Za'faran dan air mawar dilarutkan dengan air.Air dari pinggan putih tersebut dinamakan Air ANNUSYRAH khusus untuk penerang hati.

Wednesday, August 17, 2011

MADU LEBAH mempunyai berbagai-bagai khasiat.



  • Khasiat Madu Lebah Asli
  • Madu digunakan dalam perubatan tradisional seluruh dunia sejak zaman dahulu lagi.
  • Madu sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang tinggi dan mengandungi bahan mineral serta vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
  • Madu merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, bahan kimia, racun, kolestrol serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • Madu boleh menghilangkan kepanasan badan, batuk, selsema, mencerdaskan otak, melancarkan darah, meredakan urat saraf, melawaskan sistem pembuangan,menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan kanser .
  • Madu juga meningkatkan keupayaan tenaga batin, melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan, menjadikan kulit lebih licin dan halus, meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Madu juga baik oleh wanita mengandung (bulan ke-6 dan ke atas) serta selepas 20 hari bersalin.
  • Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

    "Fatihatul kitab (surah al fatihah) adalah ubat bagi segala racun"


    Untuk Penyembuhan Segala Penyakit
    Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.

    keuntungan mmbace surah al ikhlas


    Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa 2 ke 3 minit?Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
    Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran...

    kajian blogger